Mak,
Lahirku ke dunia tdak ku pinta
Namun ku bersyukur kerana telah diberikan
kesempatan untkku menikmati keindahan dunia
oleh Tuhan Yang Maha Esa....
Mak,
Selama 9 bulan 10 hari aku berada dalm kandungan rahimmu
Kau mengusungku kemana sahaja yg kau tuju
Kerana kau tahu bahawa kandungan mu itu akan
membawa kerahmatan kepada mu
Kadangkala kau mengadu kesakitan akibat
daripada kenakalan ku untuk melihat dunia
Kadangkala kau tersenyum bersendirian
mungkin kerana aku seakan-akan mengerti
terhadap apa yg kau katakan....
Mak,
Setelah kandungan mu sudah cukup 9 bulan 10 hari
Kau mengerang kesakitan yg menunjukkan petanda bahawa
aku ingin melihat dunia yg penuh warna-warni
Ketika itu kau telah mempertaruhkan nyawamu
bagaikan telur di hujung tanduk
Kau telah menanggung kesakitan yg amat sangat
Namun kau tau semua itu adalah nikmat untuk seorang
ibu dan ganjaran syahid akan diberikan kepadamu seandainya
ajal datang menjemputmu....
Mak,
Namun ku tahu tanggungjawabmu bukan sampai di situ sahaja
Semenjak kecil kau telah merawat dan menjaga ku
Sakitku adalah sakitmu jua
Kau sanggup untuk berjaga malam bagi memenuhi keperluanku
Kau juga sanggup berlapar untuk menyenangkanku
Seekor nyamuk pun kau tidak membenarkannya hinggap di tubuhku
Kau telah menjaga ku bagaikan menatng minyak yang penuh
Mak,
Kini ku telah menginjak dewasa
Pasti tanggungjawab mu semakin berat untuk kau mendidikku
Segala suruhanmu kadangkala tidak ku endahkan
Pasti kau pernah terguris dengan sikapku
yg kadangkala tidak ku sedari
Ku tahu kau pernah terasa dengan sikapku
mungkin kerana keegoanku
Namun pantas ku memohon maaf dari mak dengan
mengajak mak untuk sembahyang bersama-sama
Kadangkala ku berdoa kepada Tuhan agar aku tidak
membuatkan mak terasa dengan sikapku...
Mak,
Mengertilah,apa yg ku inginkan hanyalah kasih sayang darimu
Ku tidak mahu meminta apa yg kau tidak mampu berikan
Namun hanyalah kasih sayang dengan penuh kelembutan
Ku tahu dengan semua itu aku akan sentiasa terase dekat denganmu
Mak,
Andai kata ajal datang menjemputku
Ku mengharap kemaafan darimu
Kau halalkan lah susu yg telah kau berikan kepadaku sejak kecilku
Kau ampunkanlah segala keterlanjuran yg telah aku lakukan padamu
samada secara sengaja atau tidak sengaja
Semoga dengan keberkatan doamu mak
aku akan perolehi ganjaran syurga di sana
Amiin....
Namun ku sentiasa berdoa agar Allah memberikanku kesempatan
untukku membalas segala jasa yg telah diberikan kepadaku
yg tidak ternilai jika d bandingkan dengan wang ringgit....